Scabbies aka kudis buta

Mengelitis mereyam mak nok menderita gatal2 lepas sebulan balik phuket. Igtkan rashes sbb sunburn mandi pantai. Upernye kene jangkitan hama parasit yg hidup di kulit manusia atau kudis buta.

Dua kali juga berkuntum ke klinik tp kali ke-2 lawatan ke klinik idzham pandan indah gak yg berjaya membongkar misteri penyakit beta ini. Koh koh koh. Maklum la doktor taraf pakcik2 ni lagi byk pengalaman dari doktor muda sebab dia makan garam dulu. Diberinya scoloma lotion utk sapuan malam. Tujuan lotion ni utk bunuh (kill kill, die die) sgala mak nenek hama dgn telur-telur dia sekali.

Kalau perasan hama ni suka membiak di kawasan sekitar siku dan tangan memula kewujudan dia. Lepas tu merebak ke bahagian peha, punggung, area bra dan perut. Hama ni akan hidup di liang2 roma dan bertelur serta buang tahi di situ. Kejadian gatal melampau berlaku di waktu malam kerana hama aktif pada masa tersebut dan juga disebabkan najis hama tu sendiri.

Hasil menggoggle jumpa plk sejenis lotion yg ada kandungan permethrin 5% yg menurut bacaan tersebut amat berkesan dlm menghapuskan hama dan telur dgn sekali apply saja. Berusahalah beta mencari lotion ascab. Pencarian berakhir di farmasi Caring bangunan The Store Pandan Indah. Usaha lain pun diteruskan juga dgn mandi guna sabun buku sulfur (jumpa keluaran HOE di Watson’s) serta pencuci muka daun neem & tumeric brand Himalayan.

Masalah besar hama kudis buta ni senang berjangkit menerusi sentuhan, cadar, towel, sofa atau tempat2 yg kita suka lepak. Jadi sesiapa yg serumah paksa jugak dia pakai lotion ascrabs tu bagi memastikan kematian dan kepupusan total si hama bedebah itewww. Kalau ikut saranan tuan doktor, segala baju, cadar towel dan sarung sofa kene basuh guna air panas.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s